Sharifah Amani Dikecam Teruk Oleh Peminat Fattah Amin




Pandangan diutarakan oleh aktres Sharifah Amani terhadap Fattah Amin nampaknya mengundang kemarahan peminat setia pelakon itu di Twitter.

Rata-rata menyifatkan Amani ingin mencari publisiti murahan apabila mengeluarkan komen berhubung tajuk sebuah artikel yang menyatakan Fattah tidak boleh berjemur ketika menjalani penggambaran.

Lebih menimbulkan kemarahan mereka apabila Amani mendakwa peminat terlalu memuja Fattah sehingga menyebabkan dia diserang netizen di laman sosial itu.

"Minat itu boleh tapi ini nak jadi puja dah wei. Nervous kita," kata Amani.

Lakonan Amani juga turut menjadi sasaran apabila ada menyifatkan pemenang Pelakon Wanita Terbaik, Festival Filem Malaysia ke-19 (FFM19) itu sering memberikan ekspresi sama dalam watak dibawanya.

"Entah apa-apa nak tuduh peminat taksub sedangkan memang minta dikecam. Nak publisiti, cakap sahaja, tak dayalah sendu-sendu gini," tulis @soniakincaid.

Bagaimanapun Amani atau Sharifah Amani Syed Zainal Rashid Al-Yahya, 31, berkata, dia menghormati Fattah yang menggelarkan dirinya selebriti dan bukan pelakon.

Malah dia juga berpendapat bahawa seorang selebriti yang cuba berlakon tidak boleh berjemur di tengah panas disebabkan ingin menjadi imejnya.

"Saya bukan sahaja baca artikle itu tapi siap tengok video sekali. Saya hormat dia kerana mengelar diri sebagai selebriti bukan pelakon.

"Terima kasih sangat, sebab mungkin selebriti cuba berlakon tak boleh berjemur sangat kena jaga imej.

"Mungkin benda itu betul. Saya tidak tahu. Saya seorang pelakon," kata Amani.

Tambah Amani lagi, sebagai seorang pelakon,  perlu ada bertanggungjawab untuk menceritakan nashkah diberikan dengan sejujurnya tidak kira berada dalam situasi panas atau hujan.

Amani juga meminta untuk bertanya kepada pelakon Datin Sofia Jane bagaimana beliau melakukan terbaik dalam setiap lakonannya.

"Sebagai pelakon kita diberi tanggungjawab untuk menceritkan nashkah itu sejujurnya tak kiralah macam mana pun situasinya. Panas atau hujan.

"Ini baru suruh berpanas sikit, belum suruh buat lagak ngeri terjun sungai dengan air deras siap ada buaya. Cuba tanya Sofia Jane macam mana dia buat," tulisnya.

Terdahulu Nabil menerusi Twitter meninggalkan komen berhubung tajuk sebuah artikel mengenai Fattah yang tidak boleh berjemur telah membuatkan peminat tidak berpuas hati dengan pelawak itu.
- Apakes
Sharifah Amani Dikecam Teruk Oleh Peminat Fattah Amin Sharifah Amani Dikecam Teruk Oleh Peminat Fattah Amin Reviewed by Lina Slayer on 17:21:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.