Shila Amzah Berang Ditegur Gemuk




Tidak semua orang terbuka menerima komen yang ‘terlalu jujur’, lagi pula jika ia dikeluarkan oleh individu yang tidak dikenali.

Gara-gara dikomen peminat secara berdepan, Shila Amzah bertindak berani menegur sikap segelintir peminat yang tidak sensitif menyoal tentang fizikalnya.

Melalui beberapa video yang telah dimuat naik di Insta Stories, Shila kelihatan agak bengang sehingga mengeluarkan kata-kata ‘pedas’ buat peminatnya itu.

Baginya, soalan sebegitu agak ‘bodoh’ untuk ditanya dan tidak patut untuk dikeluarkan oleh mana-mana peminat.

Dengan menggunakan percakapan Bahasa Inggeris, Shila meminta peminatnya itu mencerminkan diri terlebih dahulu sebelum mengeluarkan komen tentang perubahan dirinya.

“Jika kamu ingin mengambil gambar bersama saya, tiada masalah. Tetapi selepas itu janganlah tanya soalan bodoh seperti kenapa saya semakin gemuk!”

“Saya rasa, apabila ingin berkata sesuatu tentang seseorang, kamu perlu fikir dan dapatkan cermin dan betulkan foundation di wajah terlebih dahulu”

“Saya tiada masalah jika kamu miliki wajah yang hodoh, tetapi mempunyai hati yang busuk adalah lebih teruk. Betulkan sikap itu sebelum bercakap dengan orang,” tegur Shila secara tegas.

Apa pun Bersabarlah Shila, inilah antara dugaan bergelar selebriti apabila ramai yang terlalu ‘prihatin’ dengan setiap perubahan seorang artis. - Apakes
Shila Amzah Berang Ditegur Gemuk Shila Amzah Berang Ditegur Gemuk Reviewed by Lina Slayer on 01:53:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.