Siasatan Kes Tahfiz Hampir Selesai - Polis




KUALA LUMPUR - Polis di peringkat akhir mengemas kini kertas siasatan berhubung kebakaran pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Khamis lalu, sebelum dijangka diserahkan kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya, esok.

Ketika ini, siasatan hampir dilengkapkan merangkumi keterangan saksi, mangsa terselamat, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan laporan Unit Forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Unit Forensik Polis.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Mohamad Roy Suhaimi Sarif, berkata siasatan bermula sejak hari kejadian sebelum pegawai penyiasat mengesan wujudnya unsur jenayah.

"Siasatan masih dijalankan susulan penangkapan suspek dan siasatan masih merangkumi usaha mengumpulkan lebih banyak bukti.

"Setiap siasatan diteliti manakala keterangan suspek turut diambil kira untuk pengesahan," katanya.

Beliau berkata, beberapa maklumat perlu diperbaharui selain keperluan kembali ke lokasi kejadian berdasarkan petunjuk terbaru.

"Semalam, pasukan forensik polis kembali ke lokasi kejadian dengan beberapa unit dron bagi membantu siasatan," katanya.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.15 pagi Khamis lalu, 23 pelajar termasuk dua guru pusat tahfiz berkenaan terkorban selepas terperangkap di tingkat tiga banglo berkenaan yang menempatkan asrama pelajar.

Sebahagian mangsa ditemui rentung manakala beberapa lagi lemas akibat terhidu asap.

Semua pelajar yang terkorban berusia antara enam hingga 16 tahun.

Susulan kejadian itu, polis menahan dua remaja Jumaat lalu, diikuti lima lagi suspek kira-kira jam 2 pagi di sekitar Kampung Datuk Keramat. - Apakes
Siasatan Kes Tahfiz Hampir Selesai - Polis Siasatan Kes Tahfiz Hampir Selesai - Polis Reviewed by Lina Slayer on 12:41:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.