"Soal Kahwin Ini Bukan Main-Main" - Azrel




Sebelum ini timbul khabar angin yang mengatakan pelakon Azrel Ismail bakal menamatkan zaman bujang dalam tahun ini.

Namun ketika ditanya soal itu, Azrel, 32, terkejut dan menjelaskan dia tidak meletakkan sasaran waktu untuk mendirikan rumah tangga seperti diperkatakan sesetengah pihak.

"Saya pun tak tahu macam mana boleh timbul cerita mengatakan saya nak berkahwin tahun ini, sedangkan saya sendiri tidak pernah meletakkan sasaran waktu untuk menamatkan zaman bujang.

"Cuma apa yang boleh saya kata, tiada perancangan perkahwinan dalam masa terdekat," katanya .

Dalam pada itu, pelakon drama Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin ini turut mengakui mempunyai beberapa calon wanita untuk dijadikan isteri.

Namun jejaka berasal dari Taiping, Perak ini menjelaskan ia masih dalam proses mengenali wanita yang benar-benar sesuai serta memenuhi kriteria yang dicari.

"Sejujurnya calon itu ada, cumanya kita kena kenal dulu, selidik dan memilih yang terbaik sebelum dijadikan teman hidup.

"Soal kahwin ini bukan main-main, kalau semuanya dah stabil baru boleh difikirkan kerana buat masa ini keluarga menjadi keutamaan saya," katanya.

Tambah Azrel lagi, dia tidak tertekan dengan pertanyaan peminat mengenai soal perkahwinan.

Malah menyedari hakikat sebagai selebriti kisah peribadinya sentiasa mendapat perhatian ramai pihak.

"Saya tak mahu tertekan dengan pertanyaan tentang jodoh dan jika benar saya sudah bersedia untuk berkahwin saya akan maklumkan kepada semua orang.

"Sekarang ini saya hanya berserah kepada Yang Maha Esa dan kalau jodoh sudah tiba baru saya kahwin," ujarnya. - Apakes

"Soal Kahwin Ini Bukan Main-Main" - Azrel "Soal Kahwin Ini Bukan Main-Main" - Azrel Reviewed by Lina Slayer on 13:40:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.