"Tak Pernah Lupa Mak Ayah" - Nabil Ahmad




Siapa tak kenal dengan Nabil Ahmad. Seorang pengacara, penyampai radio dan pelakon popular kelahiran Mambau, Negeri Sembilan ini.

Orangnya sangat merendah diri dan mudah mesra membuatkan ramai peminat yang senang dengan sikapnya. Walaupun telah bergelar selebriti popular, Nabil tetap sama seperti sebelum dia popular.

Umum mengetahui, sebelum bergelar selebriti, Nabil bekerja sebagai budak penghantar surat. Ketika itu gajinya hanya RM600 sebulan. Kini Nabil mampu menjana pendapatan sehingga RM50 ribu sebulan.

Baru-baru ini Nabil kongsikan kisahnya daripada seorang mat despatch kini bergelar selebriti popular.

DALAM MASA 2 BULAN DARI GAJI RM600 JADI RM50 RIBU

“Allah kalau nak bagi, tak tahu daripada mana, tup tup saya ni yang tak pernah pegang mikrofon, tahu-tahu saya ada keberanian naik atas pentas audition. Saya rasa hidup saya berubah dalam masa dua bulan.

“Dulu gaji saya sebulan RM600 bayar motor, bagi mak RM100, tengah bulan saya ambil balik RM50. Punyalah tak ada duit masa tu. Tiba-tiba gaji saya daripada RM600 bertukar jadi RM50 ribu sebulan.

TAK PERNAH LUPA MAK AYAH & TAK BERHENTI BERSEDEKAH

“Tapi satu saya tak pernah lupa. Saya tak pernah tinggalkan mak bapak saya, saya tak pernah berhenti bersedekah”

“Satu kejadian terjadi pada saya masa jadi mat despatch, masa tu dekat masjid dalam poket saya ada RM2 sahaja. Duit tu kejap lagi nak isi minyak motor.

“Saya keluar pintu masjid ada seorang pakcik tahan saya. Dia minta saya sedekah, saya ada RM2 saya bagi RM1. Baki saya isi minyak motor.

Masa tu minyak tak cukup sampai kena tolak motor. Tapi dua tiga bulan lepas tu, hidup saya terus berubah. - Apakes
"Tak Pernah Lupa Mak Ayah" - Nabil Ahmad "Tak Pernah Lupa Mak Ayah" - Nabil Ahmad Reviewed by Lina Slayer on 12:54:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.