"Takkanlah Saya Sebodoh Itu Untuk Menghasilkan Babak Bercium" - Michael Ang





Bergegar sekejap dunia hiburan tanah air apabila sebuah video rakaman pendek melibatkan Janna Nick dan Fattah Amin seakan bercumbuan telah tersebar di laman sosial.

Namun selaku pengarah kepada drama adaptasi Korea popular iaitu Coffee Prince, Michael Ang menafikan perkara tersebut.

“Takkanlah saya sebodoh itu untuk menghasilkan babak bercium. Ini Malaysia. Semestinya saya peka dalam soal sensitiviti di negara kita. Tiada istilah bercium atau menggunakan ‘camera trick’ pun”

“Sebaliknya, saya hanya meminta Fattah meletakkan pipinya di sebelah kanan muka Janna.

Tetapi, kedua-duanya tidak bersentuhan langsung. Itu saja yang saya arahkan kepada pelakon. Memang tak ada babak bercium pun,” jelasnya.

Tambah Micheal, isu itu mula timbul apabila pelakon Fara Mendoza datang melawat Janna di lokasi dan berkongsikan rakaman tersebut melalui Insta Story.

Sedar atau tidak, isu ini membuatkan orang ramai mula beralih arah kepada drama ini yang bakal bersiaran nanti dan dalam masa yang sama warga laman sosial akan perlahan-lahan melupakan tentang isu tarian berahi di Bigo Live. - Apakes
"Takkanlah Saya Sebodoh Itu Untuk Menghasilkan Babak Bercium" - Michael Ang "Takkanlah Saya Sebodoh Itu Untuk Menghasilkan Babak Bercium" - Michael Ang Reviewed by Lina Slayer on 20:25:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.