Tanah Runtuh Di Taman Suria




JOHOR BAHRU - Sekurang-kurangnya 10 rumah di Taman Suria, di sini, terjejas berikutan tanah runtuh akibat hujan lebat lebih tiga jam petang semalam.

Bagaimanapun, tiada kecederaan dilaporkan tetapi rumah penduduk dimasuki air berlumpur yang turun dari tapak pembinaan berdekatan apabila tempoh penghadang runtuh.

Tinjauan mendapati kawasan runtuhan terletak di lokasi pada jarak kira-kira lima meter antara tembok penghadang dari projek berhampiran dengan belakang rumah penduduk yang dikhuatiri lebih buruk jika hujan lebat.

Penduduk, Eyrwan Yaacob, 38, berkata hujan lebat sejak jam 3 petang itu dipercayai menyebabkan struktur tembok penghadang daripada tapak pembinaan itu runtuh, selain air hujan dan lumpur mengalir ke kawasan perumahan.

"Hujan mungkin terlalu lebat dan sejurus mendengar bunyi hentakan kuat dari belakang rumah, saya dan adik beradik lain terus berlari ke dapur untuk melihat.

"Bagaimanapun, belum sempat mahu buat apa-apa, air hujan dan lumpur masuk dengan cepat menerusi tingkap dan ruang terbuka dapur, kami memang risau takut dinding rumah pula akan roboh.

"Kejadian seperti ini bukan pertama kali berlaku, namun ia antara yang paling teruk pernah dialami penduduk berikutan paras air yang deras naik setinggi satu kaki, selain nyaris mendatangkan kecederaan kepada ahli keluarga lain," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan Johor, Datuk Ayub Rahmat, berkata kejadian berkenaan dipercayai berpunca daripada sistem perparitan yang tidak sempurna dan hujan lebat sehingga menyebabkan lumpur daripada tapak pembinaan turun ke kawasan perumahan.

Beliau berkata keadaan adalah terkawal dan kerja pembersihan sedang giat dilakukan. - Apakes
Tanah Runtuh Di Taman Suria Tanah Runtuh Di Taman Suria Reviewed by Lina Slayer on 18:27:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.