Tauke Jambu Bakal Berkahwin Disember Ini




Jutaan tahniah diucapkan kepada pelawak terkenal Tauke Jambu yang bakal melangsungkan perkahwinannya pada bulan Disember ini.

Tauke telah pun melangsungkan pertunangan dengan Nadia Mohd Affendi pada 5 Disember 2015.

Majlis pernikahan akan dijalankan secara tertutup dan dihadiri oleh ahli-ahli keluarga terapat sahaja.

Tauke juga turut berkongsi cabaran yang perlu dilaluinya sepanjang tempoh pertunangan mereka.

Saya terlalu sibuk dalam tempoh itu dan tidak boleh fokus tentang perkahwinan.

Sekarang masa yang sesuai untuk saya fikir tentang kahwin dan majlis. Ya, sepanjang dua tahun memang pelbagai cabaran, betul apa yang orang kata tempoh masa bertunang itu sangat-sangat menguji kita.

Kami juga melalui fasa pasang-surut dalam hubungan ini, tapi saya bersyukur Nadia seorang yang penyabar dan sentiasa berada di sisi jika saya berhadapan dengan masalah.

Insya-Allah kami akan bernikah pada Disember ini dan majlis resepsi akan diadakan pada 9 Disember depan di Ambersador Hall, Putrajaya.

Tarikh pernikahan saya tidak boleh kongsi, ia mungkin sebelum majlis resepsi. Namun ia akan dijalankan dalam keadaan tertutup untuk ahli keluarga sahaja.

Semoga perkahwinan Tauke kali ini akan berkekalan sehingga ke akhir hayat. Semoga segala perancangan berjalan dengan lancar. Tahniah sekali lagi diucapkan.- Apakes
Tauke Jambu Bakal Berkahwin Disember Ini Tauke Jambu Bakal Berkahwin Disember Ini Reviewed by Lina Slayer on 13:06:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.