Tragedi Tahfiz: Salah Seorang Suspek Dibawa Ke Tempat Kejadian




KUALA LUMPUR - Salah seorang suspek remaja yang terlibat dalam kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Jalan Keramat Ujung dibawa ke tempat kejadian pada Isnin.

Tragedi tersebut mengorbankan 23 nyawa termasuk dua orang warden asrama pusat itu.

Suspek kelihatan memakai topi berwarna hitam dan pelindung muka diiringi beberapa anggota polis yang tiba dengan sebuah jip di pusat tahfiz itu pada pukul 2.40 petang.

Suspek dibawa ke Taman Tasik Keramat yang terletak bedekatan dengan pusat tahfiz tersebut.

Selepas itu remaja tersebut dibawa masuk ke bangunan pusat tahfiz lebih kurang sepuluh minit.

Sebelum itu, pihak polis turut mengawasi banguna tahfiz itu termasuk jalan menuju ke kawasan tasik.
- Apakes
Tragedi Tahfiz: Salah Seorang Suspek Dibawa Ke Tempat Kejadian  Tragedi Tahfiz: Salah Seorang Suspek Dibawa Ke Tempat Kejadian Reviewed by Lina Slayer on 11:51:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.