Tragedi Tahfiz: Sidang Media Khas Polis Kuala Lumpur





PETALING JAYA - Polis Kuala Lumpur bakal mengadakan Sidang media khas berkenaan kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiah Sabtu malam.

Sidang media khas yang sepatutnya akan diadakan pada Ahad, dipercepatkan pada pukul 8 malam ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh dijangka akan membuat penjelasan mengenai perkara tersebut.

Sebelum ini, turut tersebar senarai tujuh remaja yang ditahan terlibat dalam kebakaran yang mengorbankan 23 nyawa itu.

Tujuh yang ditahan, lima dipercayai penduduk kawasan berhampiran Kampung Dato Keramat yang berusia 16 hingga 18 tahun, manakala tiga lagi berusia sebelas hingga 15 tahun.

Penahanan dibuat hasil pemeriksaan satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah stesen minyak di Jalan Dato Keramat yang menunjukkan perbuatan suspek yang mencurigakan.

Setakat ini, siasatan polis yang dikatakan menjurus kepada perbuatan khianat dan balas dendam sedang dijalankan bagi mendapatkan motif sebenar kejadian. - Apakes

Tragedi Tahfiz: Sidang Media Khas Polis Kuala Lumpur Tragedi Tahfiz: Sidang Media Khas Polis Kuala Lumpur Reviewed by Lina Slayer on 01:52:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.