Viral Culik Kanak-Kanak Tak Benar




SANDAKAN - Viral mengenai seorang kanak-kanak cuba diculik dua lelaki di Kampung Karamunting, di Batu Sapi, di sini, malam tadi, adalah tidak benar.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Mohd Azhar Hamin, berkata siasatan mendapati kejadian terbabit cuma disebabkan salah faham.

Katanya, dua lelaki itu adalah adik-beradik berusia 24 tahun dan 28 tahun, manakala kanak-kanak yang didakwa cuba diculik menerusi viral terbabit adalah anak jiran mereka.

"Ketika polis tiba selepas mendapat laporan, dua lelaki itu masih berada di kampung terbabit.

"Siasatan mendapati ia cuma salah faham dan viral itu tak benar," katanya pda sidang media di Balai Polis Bandar Sandakan, di sini, sebentar tadi.

Viral terbabit yang dikongsi menerusi Facebook mendakwa dua lelaki tidak dikenali cuba menculik kanak-kanak di Kampung Karamunting, malam tadi.

Satu video menunjukkan seorang lelaki dibawa anggota polis turut dikongsikan.

Mohd Azhar berkata, dua lelaki itu bagaimanapun ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/ 1963 kerana tidak memiliki dokumen pengenalan diri.
- Apakes
Viral Culik Kanak-Kanak Tak Benar Viral Culik Kanak-Kanak Tak Benar Reviewed by Lina Slayer on 14:23:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.