"Wanita Itu Bukan Fathia, Dia Kawan Saya" - Natasha Elyzza




Kecoh satu Malaysia sejak beberapa jam yang lalu berkaitan sebuah video menunjukkan pelakon baru Natasha Elyzza bersama seorang wanita yang didakwa ramai sebagai pelakon popular, Fathia Latiff.

Menerusi video yang dirakam live menerusi aplikasi Bigo itu, Natasha Elyzza dilihat sedang berseronok dengan rakan rakan wanita dalam sebuah bilik hotel termasuklah wanita mirip pelakon popular itu.

“Saya akui itu saya. Salah saya kerana menari dan berpenampilan seksi di dalam video itu. Saya memakai baju yang agak seksi kerana saya mahu mandi di kolam renang. Salah saya sendiri,” ujar Natasha Elyzza.

Dalam kenyataan sama beliau juga menafikan wanita tersebut merupakan Fathia Latiff, seperti yang didakwa ramai.

“Wanita itu bukan Fathia, dia kawan saya, wajahnya mirip Fathia. Saya minta maaf dan akan menjadikan perkara ini sebagai pengajaran,” katanya lagi yang turut berjanji tidak akan mengulangi perbuatan itu.
- Apakes
"Wanita Itu Bukan Fathia, Dia Kawan Saya" - Natasha Elyzza "Wanita Itu Bukan Fathia, Dia Kawan Saya" - Natasha Elyzza Reviewed by Lina Slayer on 01:57:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.