Wanita Ugut Penguatkuasa MPSJ Bakal Disiasat




KUALA LUMPUR - Polis akan membuka kertas siasatan terhadap seorang wanita yang dikesan melakukan ugutan terhadap seorang anggota penguatkuasa Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), menerusi satu rakaman yang viral dalam laman sosial sejak semalam.

Dalam kejadian jam 1 tengah hari Rabu lalu itu, wanita terbabit dirakam memarahi seorang anggota MPSJ, selepas tayar keretanya dikunci kerana dipercayai meletakkan kenderaan di tempat yang tidak dibenarkan di Jalan Puteri, Bandar Puteri Puchong, Puchong.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Megat Mohamad Aminuddin Megat Alias, berkata selain memarahi anggota berkenaan, wanita itu turut mengeluarkan pengunci stering keretanya dipercayai untuk melakukan ugutan.

"Berdasarkan laporan polis yang dibuat, anggota terbabit melihat pelekat Orang Kurang Upaya (OKU) ditampalkan pada cermin kereta berkenaan namun wanita itu gagal untuk menunjukkan sebarang kad OKU sebagai bukti.

"Anggota polis kemudian memaklumkan kejadian kepada polis selain mengeluarkan saman MPSJ atas kesalahan yang dilakukan selain menunda kereta wanita terbabit ke Depoh Tunda MPSJ di Puchong," katanya.

Megat berkata, pada hari yang sama, suami kepada wanita itu tampil ke depoh tunda dan membayar denda sebanyak RM190 selain turut memohon maaf atas tindakan isterinya yang kurang sopan.

"Meskipun denda sudah dibayar, pihak polis tetap menjalankan siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan atas kesalahan melakukan ugutan jenayah dan akan memanggil wanita terbabit dalam masa terdekat untuk tindakan lanjut," katanya. - Apakes
Wanita Ugut Penguatkuasa MPSJ Bakal Disiasat Wanita Ugut Penguatkuasa MPSJ Bakal Disiasat Reviewed by Lina Slayer on 18:04:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.