Warga Emas Rogol Remaja




MIRI - Seorang ahli perniagaan berusia 82 tahun ditahan polis kerana didakwa merogol pelajar berusia 13 tahun di sebuah hotel di sini, pagi tadi.

Suspek menyerah diri di Balai Polis Pusat Miri susulan laporan polis yang dibuat ibu mangsa jam 8.42 pagi kelmarin, selepas mengesyaki anak perempuannya menghilangkan diri dan menginap di hotel bersama beberapa rakannya termasuk suspek.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Lim Meng Seah, berkata pelajar itu dipercayai meninggalkan rumah pada 10 September bagi menemani rakannya menginap di hotel.

Katanya, mangsa dipercayai mengenali mangsa yang turut berada di hotel terbabit.

"Mangsa sudah dihantar untuk pemeriksaan perubatan. Belum ada keputusan diterima sehingga petang ini," katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol. - Apakes

Warga Emas Rogol Remaja Warga Emas Rogol Remaja Reviewed by Lina Slayer on 23:59:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.