Warga Singapura Maut, Motosikal Rempuh Lori




KLUANG - Seorang warga Singapura maut selepas motosikal berkuasa tinggi yang dinaikinya merempuh sebuah lori yang sedang bergerak di Kilometer 54.5 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.40 petang itu, mangsa Abdul Razak Ali, 60, meninggal dunia selepas dua jam dirawat di Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim Kulai akibat kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohamad Laham, berkata mangsa meninggal dunia kira-kira jam 6 petang semalam.

"Siasatan awal mendapati, mangsa yang menaiki motosikal berkuasa tinggi dan dalam perjalanan ke arah Johor Bahru berada di laluan paling kanan sebelum tiba-tiba merempuh belakang sebuah lori yang sedang bergerak.

"Akibat rempuhan itu, motosikal mangsa melanggar pula pembahagi lebuh raya itu sebelum terjatuh dan tersepit di situ.

"Mangsa disahkan meninggal dunia selepas dua jam dirawat di Hospital Kulai akibat kecederaan parah di kepala," katanya.

Mohamad berkata, siasatan masih dijalankan dan pihaknya meminta pemandu lori yang terbabit dalam kemalangan berkenaan tampil membuat laporan polis.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 ( 1 ) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Apakes
Warga Singapura Maut, Motosikal Rempuh Lori Warga Singapura Maut, Motosikal Rempuh Lori Reviewed by Lina Slayer on 12:44:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.