Wartawan Cedera Dirempuh Kenderaan Polis




KUALA LUMPUR - Seorang wartawan akhbar New Straits Times (NST) cedera selepas motosikal ditunggangi dirempuh kenderaan peronda polis berhampiran Plaza Tol PJS 5, dekat Lebuhraya Pantai Baru (NPE), petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, Fernando Fong Kee Soon, 37, dalam perjalanan ke pejabat di Balai Berita, Bangsar, di sini.

Ketika kejadian, kenderaan peronda polis jenis PROTON Preve itu dikatakan sedang mengejar sebuah kenderaan lain di lebuh raya berkenaan dan secara tidak sengaja merempuh mangsa yang baru keluar dari susur lorong motosikal.

Akibat rempuhan itu, mangsa tercampak dari motosikal dan cedera di muka serta dan badan.

Anggota polis terbabit menghentikan kenderaan lalu membantu mangsa sebelum menghubungi ambulans.

Mangsa kini dirawat di Zon Kuning Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan keadaannya dilaporkan stabil.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Superintendan Mohd Ali Thamby, yang mengesahkan kejadian berkata, anggotanya sedang membantu unit peronda MPV Selangor mengejar sebuah kenderaan suspek. - Apakes
Wartawan Cedera Dirempuh Kenderaan Polis Wartawan Cedera Dirempuh Kenderaan Polis Reviewed by Lina Slayer on 12:47:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.