Yana Samsudin Dapat Kejutan Hadiah Kereta Dari Suami




Menyambut ulangtahun kelahiran yang 33 kelmarin, Yana Samsudin sempat berkongsikan hadiah istimewa dari suaminya iaitu sebuah kereta siap diikat dengan reben lagi.

Menerusi akaun Instagramnya, Yana memuat naik gambar beliau bersama suami di sebelah kereta, berutung Yana memiliki suami yang sangat romantik dan menghargai isteri.

Melalui perkongsiannya itu juga, Yana sangat teruja dengan hadiah istimewa yang diberikan suami serta merakamkan penghargaan terima kasih buat suaminya.

Siapa yang tidak gembiran bukan, jika setiap hari tugas seorang isteri bukanlah mudah, dari menjaga anak-anak dan keperluan suami kekadang sampai terlupa mengenai diri sendiri.

Rata-rata perkongsian tersebut menerima respon yang baik, peminat pun turut sama tumpang gembira buat Yana sekeluarga.

Penuh ruangan komen Yana dengan ucapan hari jadi dari peminat buatnya. Kalau dilihat di sosial media pun, suka tengok keluarga bahagia Yana apalagi melihat telatah anaknya yang comel, Aisy Mateen.

Apapun selamat hari jadi buat Yana dan semoga sentiasa berbahagia selalu hendaknya. Terdahulu, Yana ada menyuarakan hasratnya untuk menambahkan bilangan ahli keluarga.

Diharap doa Yana sekeluarga akan dimakbulkan tidak lama lagi. - Apakes
Yana Samsudin Dapat Kejutan Hadiah Kereta Dari Suami Yana Samsudin Dapat Kejutan Hadiah Kereta Dari Suami Reviewed by Lina Slayer on 02:11:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.