"Yang Tidak Menutup Aurat Digelar Ahli Neraka" - Tiz Zaqyah




Dikala kontroversi panas melanda Fathia Latiff dan Natasha Elyzza baru-baru ini, Tiz Zaqyah turut bersuara menyelar tindakan Natasha yang dilihat menjadi punca maruah Fathia tergadai.

Dan terbaru, menerusi laman Twitter pula, Tiz ada menulis beberapa pandangan beliau mengenai sikap skeptikal masyarakat terhadap aurat wanita terutama selebriti.

Tidak pasti ianya kebetulan atau tidak, namun Tiz seolah melepaskan geram yang tidak habis dengan pandangan serong masyarakat terhadap aurat wanita terutama selebriti.

Menurut Tiz, pada zaman kini ramai meletakkan aurat sebagai kayu pengukur hati seseorang dan jika tidak menutup aurat sewenangnya saja mereka digelar ahli neraka.

Selain itu, Tiz turut menyatakan sikap rakyat Malaysia yang suka melabel seseorang dengan hanya melihat tubuh badan yang tidak menutup aurat.

Malahan katanya lagi hijrah seseorang bukanlah bergantung kepada teguran ‘ustaz-ustaz’ di laman sosial tetapi kerana Tuhan.

Marah benar Tiz kali ini nampaknya. Tiz juga dilihat sempat berdebat dengan seorang peminat yang menyangkal pendapatnya itu mengenai aurat wanita. Bagaimanapun apabila kami menyiasat sendiri laman Twitter pelakon itu, ianya telah dipadam.

Apapun tepuk dada tanya iman. Lain orang lain pendapatnya mengenai sesuatu, namun apa yang pasti aurat itu wajib ditutup dalam agama.

Tapi ada benarnya kata Tiz, wanita yang tidak menutup aurat tidak semestinya jahat dan wanita yang bertudung sebaliknya. Sama-samalah kita muhasabah diri. - Apakes
"Yang Tidak Menutup Aurat Digelar Ahli Neraka" - Tiz Zaqyah "Yang Tidak Menutup Aurat Digelar Ahli Neraka" - Tiz Zaqyah Reviewed by Lina Slayer on 11:01:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.