Zara Zya Terkilan Dengan Akaun Instagram Palsu




Zara Zya terkilan dengan kewujudan akaun Instagram palsu yang memburuk-burukkan namanya.

Menggunakan nama @zarazya_gile_pengkid, akaun itu memfitnah dan menyebarkan beberapa gambar yang menjejaskan imej pelakon itu.

Menerusi akaunnya, Zara mengecam tindakan individu tidak bertanggungjawab itu dengan menulis: “Saya tak kenal awak (pemilik akaun Instagram itu) dan awak pun tak kenal saya. Tapi, fitnah bertubi-tubi.”

Zara ketika dihubungi mengakui kecewa dengan tindakan individu itu yang dianggap keterlaluan.

“Saya menyedari kewujudan akan palsu itu apabila dimaklumkan peminat. Apabila buka akaun itu, saya dapati kandungannya memang melampau dan mengarut.

“Lebih parah, individu itu menabur fitnah kononnya saya menjalani pembedahan plastik dan macam-macam lagi tuduhan tidak masuk akal. Nampaknya individu itu ada hasad dengki,” katanya.

Zara bagaimanapun berharap peminatnya berhenti melemparkan kata-kata kesat kepada pemilik akaun itu.

“Jangan pula kita buat dosa dengan mengeluarkan kata-kata tidak baik. Doakan agar pemilik akaun itu lembut hati dan mendapat hidayah,” katanya.

Zara berkongsi keratan gambar akaun palsu itu di Instagramnya sejak dua hari lalu dan sehingga kini mendapat lebih 8,500 ‘like’ serta hampir 400 komen. - Apakes
Zara Zya Terkilan Dengan Akaun Instagram Palsu Zara Zya Terkilan Dengan Akaun Instagram Palsu Reviewed by Lina Slayer on 14:15:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.