10 Cedera Nahas Bas, Kereta




SEREMBAN - Seramai 10 orang cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah bas pekerja dan kereta di Jalan Labu-Nilai berhampiran pekan Labu di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian jam 6.55 pagi itu, kedua-dua kenderaan itu dipercayai bertembung sebelum bas terbabit terbabas lalu merempuh sebahagian bangunan kuil yang terletak di tepi jalan.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2, Pegawai Bomba Kanan II Khairuddin Mohammad, berkata lapan penumpang wanita bas itu, selain pemandu dan penumpang kereta, cedera ringan dalam kejadian berkenaan.

"Semua mereka dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban untuk rawatan lanjut.

"Sebahagian bangunan kuil yang dirempuh bas itu turut mengalami runtuhan kecil namun, tiada mangsa yang cedera di situ," katanya di sini, hari ini. - Apakes

10 Cedera Nahas Bas, Kereta 10 Cedera Nahas Bas, Kereta Reviewed by Lina Slayer on 13:23:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.