10 Tanda Jika Lelaki Benar-Benar Cintakan Anda




Dalam hubungan cinta wanita seringkali meragui perasaan pasangan mereka. Bukan kerana mereka pernah ditipu atau kasari, tetapi di mata wanita, lelaki jarang sekali menunjukkan perasaan cinta mereka di hadapan wanita.

Jadi bagi wanita sukar untuk menilai sama ada lelaki tersebut benar-benar cintakan mereka atau tidak.

Tapi sebenarnya senang je nak tahu jika lelaki itu betul-betul cinta dan sayangkan anda atau tidak. Nak tahu caranya? Baca senarai ini!

1. SENTIASA AMBIL BERAT

Salah satu tanda lelaki itu betul-betul cintakan anda, dia tidak akan teragak-agak untuk mencari anda apabila anda tidak dapat dihubungi.

2. SENTIASA MENGALAH

Jika lelaki itu cintakan anda, dia akan berusaha untuk elakkan pertengkaran kerana mereka tahu hal tersebut akan membuatkan teman wanita menjauhkan diri darinya.

3. TERIMA SIAPA SAJA SAHABAT ANDA

Sahabat anda, adalah sahabatnya juga. Jika lelaki itu cintakan anda, dia ingin tahu siapa sahabat anda dan dari situ dia ingin mengenali anda lebih dalam lagi.

4. KENALKAN SAHABAT MEREKA KEPADA ANDA

Bukan saja ingin mengenali siapa sahabat anda, dia juga tidak keberatan untuk kenalkan anda dengan sahabatnya juga.

5. SENTIASA CUBA BUAT ANDA KETAWA

Anda tahu lelaki itu bukan seorang yang kelakar. Tapi jika dia selalu berusaha untuk buat anda ketawa, itu tandanya dia sentiasa ingin lihat anda bahagia.

6. MENGHORMATI ANDA

Jika lelaki itu tidak pernah menyentuh anda secara belebih-lebihan, itu tandanya dia sangat cintakan anda dan tidak mahu merosakkan maruah anda.

7. TIDAK BERKASAR DENGAN ANDA

Perkara biasa jika seseorang itu bertindak kasar apabila dalam keadaan marah. Namun jika dia sentiasa menjaga perlakuan dan cuba menjaga emosi di hadapan anda, jangan lepaskan lelaki seperti ini.

8. TERIMA DIRI ANDA SEADANYA

Jika lelaki itu cintakan anda, dia akan terima anda seadanya dan tidak cuba untuk mengubah diri anda menjadi orang lain.

9. SENTIASA CUBA BAIKI KEKURANGAN

Lelaki yang cintakan seseorang akan sentiasa baiki kekurangan diri dan jadi yang terbaik untuk pasangan mereka.

10. TIDAK MALU TUNJUKKAN RASA CEMBURU

Ego lelaki ni memang tinggi. Tapi jika lelaki itu tidak ragu atau tidak malu untuk tunjukkan rasa cemburu jika ada lelaki yang mendekati anda, itu tandanya dia takut kehilangan anda.

10 Tanda Jika Lelaki Benar-Benar Cintakan Anda 10 Tanda Jika Lelaki Benar-Benar Cintakan Anda Reviewed by Lina Slayer on 18:18:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.