16 Penumpang Bas Terselamat




IPOH - Pemandu serta 16 penumpang sebuah bas henti-henti terselamat walaupun kenderaan itu dirempuh lori membawa muatan pasir di Jalan Sultan Nazrin Shah berhampiran sebuah stesen minyak di sini hari ini.

Dalam kejadian jam 8.30 pagi itu, lori berkenaan turut merempuh pondok menunggu bas menyebabkan kelindannya patah kaki akibat tersepit di tempat duduk penumpang.

Bagaimanapun pemandu lori serta pemandu bas dan 16 penumpang tidak cedera.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, anggota pasukan itu bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan pada jam 8.56 pagi.

Katanya, sebaik tiba anggota bomba mendapati kelindan lori tersepit di bahagian kaki dalam kenderaan itu.

"Anggota bomba bertindak mengeluarkan mangsa tersepit menggunakan alatan menyelamat sebelum mangsa dibawa ke Hospital Raja Permaisuri (HRPB) untuk rawatan lanjut," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata operasi menyelamat tamat pada jam 9.47 pagi. - Apakes

16 Penumpang Bas Terselamat 16 Penumpang Bas Terselamat Reviewed by Lina Slayer on 15:45:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.