2 Bot APMM Terbakar




SITIAWAN - Dua bot milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) terbakar di Jeti Kompleks Perikanan Kampung Acheh di sini, jam 1.40 pagi tadi.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Sitiawan, Tajul Ahmad, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 1.45 pagi sebelum lima anggota bersama sebuah jentera dikejarkan ke lokasi.

Katanya, sebuah bot terbakar kira-kira 90 peratus, manakala sebuah lagi lima peratus.

"Ketika kejadian tiada orang di dalam bot berkenaan dan anggota bomba mengambil masa kira-kira 15 minit untuk memadam api," katanya. - Apakes
2 Bot APMM Terbakar 2 Bot APMM Terbakar Reviewed by Lina Slayer on 19:42:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.