2 Lelaki Dikhuatiri Lemas Di Tanjung Tuan




ALOR GAJAH - Seorang wanita terselamat, manakala dua lelaki masih hilang, selepas terjatuh daripada kayak kendalian mereka di perairan Tanjung Tuan di sini, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, Hew Yoong Loong, 61 dan Leow Shak Kwan, 54, gagal dikesan sehingga malam ini, manakala Foo Siew Wan, 54, ditemui selamat menggunakan kayak ke pesisir Blue Lagoon di sini.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Melaka dan Negeri Sembilan (DM5), Kepten Ahmad Faridi Ferdaus, berkata maklumat diterima daripada seorang pemancing yang menyedari ketiga-tiga mangsa jatuh ke dalam laut.

"Pengadu mendakwa ternampak ketiga-tiga mangsa jatuh dari kayak dengan memakai jaket keselamatan sebelum anggota APMM yang bertugas, bergegas ke lokasi dan memaklumkan kepada pasukan penyelamat lain.

"Bagaimanapun mangsa seorang wanita ditemui selamat dengan berkayak sendiri ke pesisir pantai Blue Lagoon pada jam 7.30 malam tadi," katanya ketika dihubungi BH.

Operasi yang diaktifkan pada jam 4.35 petang itu turut dibantu Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) di Pantai Cermin, Negeri Sembilan.

Setakat jam 8.30 malam tadi, operasi mencari dan menyelamat (SAR) masih dijalankan. - Apakes

2 Lelaki Dikhuatiri Lemas Di Tanjung Tuan 2 Lelaki Dikhuatiri Lemas Di Tanjung Tuan Reviewed by Lina Slayer on 22:08:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.