2 Maut, 1 Cedera Dihempap Kren




KOTA TINGGI - Dua pekerja maut manakala seorang lagi cedera selepas sebuah kren tumbang dalam kejadian di tapak pembinaan di Pengerang di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Ashmon Bajah, berkata nahas itu berlaku pada jam 3.45 petang.

Katanya, seorang lelaki tempatan berusia 24 tahun yang berasal dari Selangor disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

"Seorang lagi pekerja warga negara Pakistan berusia 22 tahun meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital bagi mendapatkan rawatan.

"Seorang lagi yang cedera dalam kejadian itu disahkan warga negara Pakistan berusia 24 tahun dan dihantar ke sebuah hospital swasta di Iskandar Puteri, Johor Bahru," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Ashmon berkata, punca kejadian masih dalam siasatan dan kes disiasat kerana mati mengejut (SDR). - Apakes
2 Maut, 1 Cedera Dihempap Kren 2 Maut, 1 Cedera Dihempap Kren Reviewed by Lina Slayer on 18:48:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.