2 Melecur Rumah Terbakar




KAJANG - Wanita mengandung lapan bulan dan adik ipar lelaki melecur selepas kediaman mereka di Taman Impian Ehsan, Balakong, dekat sini, terbakar kira-kira jam 9 malam tadi.

Mangsa dikenali sebagai Norhafiza Muhammad, 26 melecur dan Muhd Firdaus Hanafi, 22, masing-masing melecur 18 dan dua peratus pada bahagian badan dan tangan.

Kedua-dua mereka diselamatkan orang awam sebelum bomba tiba dan dihantar ke Hospital Serdang menggunakan kenderaan bomba untuk menerima rawatan.

Ketua Balai Bomba Kajang, Mohd Jaslizad Jalil, berkata kebakaran memusnahkan keseluruhan bahagian ruang tamu rumah teres dua tingkat berkeluasan 55 meter persegi.

Katanya, seramai 21 anggota dari Balai Bomba Kajang, Serdang dan Bangi dikejarkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 9.05 malam.

"Ruang tamu yang terletak di tingkat bawah terbakar seratus peratus.

"Kedua-dua mangsa ditempatkan di Zon Merah Hospital Serdang," katanya.

Beliau berkata, api dapat dikawal pada jam 9.30 malam.

Katanya, setakat ini punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan. - Apakes

2 Melecur Rumah Terbakar 2 Melecur Rumah Terbakar Reviewed by Lina Slayer on 02:54:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.