2 Parah Dalam Kemalangan Babitkan 3 Kereta




LABIS - Dua parah, manakala empat lagi cedera ringan selepas tiga kereta yang dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan di Jalan Labis - Segamat, dekat Tanah Perkuburan Bukit Mambai di sini, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu menyebabkan dua mangsa, iaitu pemandu PROTON Saga dan PROTON Satria parah selepas tersepit akibat kemalangan.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Putra Segamat, Pegawai Bomba Abu Bakar Ayub, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.37 petang, sebelum tujuh anggota bersama dua jentera, termasuk sebuah ambulans bomba dikejarkan ke lokasi kejadian.

Katanya, seramai enam anggota bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Labis yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II Sharfini Nasar turut dikejarkan ke lokasi terbabit bagi mengeluarkan dua mangsa yang dipercayai terperangkap dalam nahas berkenaan.

"Siasatan awal mendapati kereta PROTON Satria yang dinaiki seorang lelaki yang di dalam perjalanan dari arah Labis menuju ke arah Segamat, didapati hilang kawalan sebelum bertembung dengan PROTON Saga yang dinaiki empat lelaki.

"Pertembungan itu menyebabkan pemandu kedua-dua kereta terbabit cedera parah selepas tersepit di tempat duduk masing-masing.

"Bagaimanapun, tiga penumpang lain yang berada dalam kereta PROTON Saga hanya cedera ringan," katanya ketika dihubungi, sebentar tadi.

Abu Bakar berkata, kemalangan itu juga menyebabkan seorang lagi mangsa iaitu pemandu kereta Honda Civic turut cedera ringan selepas kereta yang dipandunya di belakang PROTON Saga itu tidak dapat mengelak dan terbabit dalam kemalangan yang sama.

"Kami mengambil masa kira-kira 35 minit untuk mengeluarkan kedua-dua mangsa yang tersepit dalam kemalangan terbabit.

"Semua mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak ambulan dan dibawa ke Hospital Segamat untuk tindakan lanjut," katanya. - Apakes

2 Parah Dalam Kemalangan Babitkan 3 Kereta 2 Parah Dalam Kemalangan Babitkan 3 Kereta Reviewed by Lina Slayer on 14:42:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.