4 Sekeluarga Ditemui Maut




JOHOR BAHRU - Sepasang suami isteri bersama dua anak mereka ditemui mati di rumah mereka di Rini Residence, Mutiara Rini, di sini jam 2.30 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Noor Hashim Mohamad, berkata P Pubalan, 53, ditemui mati tergantung, manakala isteri, P Jeya, 46, ditemui di atas katil berhampiran ruang tamu di tingkat bawah rumah.

Katanya, dua anak pasangan itu, P Sharveen, 14 dan P Krishna, 9 ditemui dengan kesan jerutan di leher dalam sebuah bilik lain.

"Polis menerima panggilan dari orang awam pada jam kira-kira 2.30 petang tadi mengenai penemuan empat mayat di sebuah rumah di Mutiara Rini.

"Lelaki itu yang bekerja sebagai pemborong minuman keras ditemui bersama satu nota wasiat yang ditinggalkan di atas meja solek," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Noor Hashim berkata, kejadian disedari rakan lelaki itu yang datang ke rumah untuk menemui mangsa dan kemudian menemui satu nota ditinggalkan pada cermin kereta menyatakan pintu rumah berkenaan tidak dikunci.

"Ketika sampai, lelaki itu menemui satu nota mengatakan pintu rumah tidak dikunci. Dia masuk ke dalam rumah yang tidak dikunci dan menemui satu mayat di atas katil sebelum menghubungi polis," katanya.

Noor Hashim berkata, hasil awal siasatan mendapati tiada kesan perbuatan dari luar, dan sedang meneliti bagaimana kejadian itu berlaku.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan mati mengejut.

"Kita siasat sama ada perbuatan jenayah ini daripada pelbagai kemungkinan sama ada dia bunuh dulu, atau mati dulu," katanya. - Apakes
4 Sekeluarga Ditemui Maut 4 Sekeluarga Ditemui Maut Reviewed by Lina Slayer on 02:42:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.