Amar Baharin, Amyra Rosli Selamat Timang Anak Sulung




Tahniah buat pasangan romantis kesayangan peminat, Amar Baharin dan juga Amyra Rosli kerana telah selamat menyambut cahaya mata sulung pada hari ini, 15 Oktober 2017. Perkara itu dikongsikan mereka di laman sosial.

Melalui gambar jari bayi yang dikongsikan, peminat tidak henti-henti mengucapkan tahniah di atas kehadiran insan terbaru di dalam keluarga kecil ini selain turut mendoakan agar segala urusan pasangan ini sentiasa dipermudahkan.

Walaupun dalam muatnaik gambar di akaun Instagram tidak menyatakan jantina bayi, Amyra sebelum ini telah berkongsikan perkara tersebut dengan menyatakan bahawa bayi yang bakal dilahirkan itu adalah lelaki.

Apa pun, semoga kehadiran cahaya mata sulung ini akan membuatkan kehidupan pasangan ini akan semakin meriah dan dilimpahkan rezeki.  - Apakes



Amar Baharin, Amyra Rosli Selamat Timang Anak Sulung Amar Baharin, Amyra Rosli Selamat Timang Anak Sulung Reviewed by Lina Slayer on 15:38:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.