Anggota Polis Meninggal Selepas Rebah




BEHRANG - Penolong Ketua Polis Balai Behrang Stesen, Sarjan Mejar Khalil Buniran, 56, meninggal dunia selepas rebah di perkarangan balai polis berkenaan di sini, jam 12.15 tengah malam tadi.

Anggota berkenaan pengsan sebaik rebah, dipercayai akibat komplikasi jantung sebelum dihantar ke Hospital Slim River untuk mendapatkan rawatan.

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Wan Kamarul Azran Wan Yusuf, berkata Khalil dihantar ke bahagian kecemasan hospital berkenaan.

"Beliau disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung oleh pegawai perubatan selepas dimasukkan ke hospital untuk rawatan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di Bidor pagi ini.
- Apakes
Anggota Polis Meninggal Selepas Rebah Anggota Polis Meninggal Selepas Rebah Reviewed by Lina Slayer on 13:58:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.