“Apa Masalah Perempuan Ni?” Azwan Ali Persoal Sidang Media Joy Revfa




Kemelut rumahtangga yang melanda Hafiz Hamidun mendapat perhatian ramai pihak, termasuk pengacara legenda Azwan Ali.

Melalui satu status Instagram, Azwan Ali mempersoalkan tidakan Joy Revfa mengadakan sidang media tentang Hafiz Hamidun.

Status itu disambut oleh pengikutnya yang juga menyatakan rasa kesal mereka kerana berita mengenai sidang media itu mengganggu mereka sejak pagi semalam.

Dalam sidang media semalam, Joy atau nama sebenarnya Siti Arifah Amin, 30, mendakwa bersetuju jika diceraikan oleh Hafiz Hamidun yang dinikahi 1 Mei lepas kerana Hafiz tidak mampu memberi nafkah batin.

Terdahulu, Hafiz memfailkan perceraian terhadap Joy di Mahkamah Syariah Subang Bestari dan dokumen saman itu diserahkan kepada peguam syarie yang mewakili Joy semasa sidang media yang dilaksanakan wanita tu semalam.  - Apakes







“Apa Masalah Perempuan Ni?” Azwan Ali Persoal Sidang Media Joy Revfa “Apa Masalah Perempuan Ni?” Azwan Ali Persoal Sidang Media Joy Revfa Reviewed by Lina Slayer on 14:36:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.