Bekas Suami Rompak Rumah Ezlynn?




Siapa yang tidak bengang kalau balik rumah tengok barang di rumah semua sudah hilang dan lebih teruk lagi, kita sendiri tahu siapa punya angkara! Itulah yang menimpa penyanyi Ezlynn.

Melalui perkongsian beberapa gambar di Instagram, habis licin barang-barang di rumahnya.

“Barang hilang lagi, kena rompak aku kerja hari-hari.. penat cari duit kau amik semua duit aku! Now barang-barang semua kau amik, kau rosakan rumah.. kau buat hutang, aku tanggung semua. Aku diam kau naik kepala. Kau memang jahat!”

“Suami tak guna. Kawan tak guna, manager tak guna, menyesal aku kenal kau seumur hidup aku, hutang tak mau bayar asik bercuti je.. kerja tak mau,” luah Ezlynn penuh perasaan di Instagram.

Tambah Ezlynn, dia tidak menghalalkan walau satu sen pun apa yang telah diambil oleh bekas suaminya itu. Boleh tahan juga tekanan yang dihadapi Ezlynn ketika ini.

Apa pun, semoga penyanyi ini tabah menghadapi dugaan dan sebaiknya dapatkan pertolongan daripada pihak sepatutnya bagi mengelakkan perkara yang tidak diingin berlaku. - Apakes
Bekas Suami Rompak Rumah Ezlynn? Bekas Suami Rompak Rumah Ezlynn? Reviewed by Lina Slayer on 12:50:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.