Benjy Meringkuk 11 Tahun Dalam Penjara




Nasib pelakon Khaeryll Benjamin Ibrahim akhirnya terjawab apabila dia dijatuhkan hukuman penjara selama 11 tahun oleh Mahkamah Daerah Medan pada Rabu.

Khaeryll atau Benjy dikenakan hukuman itu selepas didapati bersalah memiliki 4.5 gram dadah jenis methamphetamine.

Anak kepada aktres Azean Irdawaty itu juga turut dikenakan denda berjumlah AS$74,000 (RM312,539) atas kesalahan itu.

Benjy ditangkap pegawai Kastan dan Eksais sejuru tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kualanamu di Deli Serdang, Sumatera Utara pada 18 April lalu.

Ketika siasatan dilakukan terhadapnya, pihak berkuasa menemui dadah pada badan Benjy yang disorokkan dalam duburnya.

Sebelum ini, media Indonesia melaporkan Benjy berhadapan hukuman penjara 14 tahun yang dipohon pihak pendakwa. - Apakes

Benjy Meringkuk 11 Tahun Dalam Penjara Benjy Meringkuk 11 Tahun Dalam Penjara Reviewed by Lina Slayer on 12:36:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.