"Bila Datangnya Darah Kotor Untuk Bulan Ini, OMG!!"




Saban hari pasti ada sahaja cerita pelik yang ditimbulkan usawahan terkenal, Nur Sajat. Paling terbaru, beliau memuat naik gambar ‘darah kotor’ atau bahasa lebih senang faham, darah haid yang dipercayai miliknya di atas tisu.

Tidak pasti apa niatnya, Sajat terus dihentam gara-gara tindakannya itu.

Bagaimanapun mungkin tidak tahan dikecam peminat, tidak lama selepas itu Sajat telah memadam gambar tersebut.

Ramai yang berpendapat Sajat bertndak sedemikian bagi membuktikan jantina dirinya perempuan seperti nama akaun Instagramnya, Nur Sajat Perempuan. Tetapi nampaknya usahanya gagal sehingga ada yang menggangap darah itu adalah darah bekam.

Kalau dilihat kembali pada gambar yang dimuat naik, tidak mungkin seorang wanita menyapu darah haid menggunakan tisu siap bersarung tangan.

Malah ada juga yang mendakwa terang-terangan gambar yang dimuat naik Sajat memperlihatkan bekas bekam di sebelah dan bukannya darah haid.

Sekali lagi, kami tidak pasti apa niat dan tujuan Sajat memuat naik gambar tersebut. Mungkin kepsyen Sajat pada gambar membawa maksud tersirat iaitu darah bekam selepas beliau membuat proses perubatan itu.

Apapun jika benar ingin membuktikan beliau adalah perempuan tulen, rasanya ini bukanlah cara yang sesuai, nama pun ‘darah kotor’ kan. - Apakes

"Bila Datangnya Darah Kotor Untuk Bulan Ini, OMG!!" "Bila Datangnya Darah Kotor Untuk Bulan Ini, OMG!!" Reviewed by Lina Slayer on 13:56:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.