Bosan Dengan Dunia Glamor, Maya Karin Lagi Suka Lepak Mamak




Memang lama tak dengar perkembangan terkini pelakon jelita Maya Karin. Sepi tanpa sebarang berita. Kelibatnya di dalam majlis-majlis hiburan pun memang tidak kelihtan langsung.

Setelah sekian lama menghilang, Maya Karin kini kembali bergandingan dengan Remy Ishak di dalam teater Tun Fatimah Serikandi Empayar Melaka.

Menariknya, Maya Karin memaklumkan ketidakhadirannya di dalam majlis-majlis hiburan tanah air adalah kerana sudah berasa bosan dengan kehidupan dunia glamor sebagai selebriti.

Bagi Maya Karin, kehidupan sebagai seorang selebriti yang dipenuhi glamor tidak mencerminkan dirinya yang sebenar. Maya Karin merasakan itu semua sebagai satu bebanan kerana dirinya yang sebenar adalah seorang yang ringkas dan gemar melakukan aktiviti lasak.

Pada sesetengah orang bangun pagi dan bersiap untuk kelihatan cantik adalah perkara menyeronokkan tetapi pada saya ia macam terpaksa.

Saya sebenarnya bosan dengan glamor kerana saya lebih gemar lepak di kedai mamak, berkebun atau melakukan aktiviti lasak tanpa perlu saya kelihatan cantik pun.

Pendek kata saya lebih gemar menjalani kehidupan biasa seperti orang lain walaupun saya adalah selebriti.

Dulu memang banyak jemputan untuk pelbagai acara tetapi kerana sudah banyak kali saya tolak mereka pun sudah bosan.

Sekarang tidak ada jemputan mungkin kerana mereka dah malas nak jemput saya.

Selebriti sepopular dan segah Maya Karin memang tidak perlu untuk melibatkan diri di dalam dunia glamor.

Sebut nama pun orang dah kenal. Tak pergi mana-mana acara hiburan pun tak apa sebab sudah ada nama.

Namun artis-artis baharu janganlah pula meniru apa yang dilakukan oleh Maya. Beliau berada di kelas tersendiri dan boleh melakukan mengikut kehendak hatinya.

Apa pun, secara jujurnya memang sukar untuk hidup di dalam dunia glamor dengan setiap tingkah laku kita diperhatikan. Lagi senang jadi manusia biasa. - Apakes
Bosan Dengan Dunia Glamor, Maya Karin Lagi Suka Lepak Mamak Bosan Dengan Dunia Glamor, Maya Karin Lagi Suka Lepak Mamak Reviewed by Lina Slayer on 01:46:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.