Boy Iman Ditahan Reman, Kerugian Cecah RM6.2 Juta




Panas diperkatakan dilaman sosial sebelum ini mengenai penjualan rumah murah dengan harga tidak masuk akal, pelakon merangkap usahawan iaitu Boy Iman bersama dua lagi rakannya telah ditahan reman dua hari bagi membantu siasatan berkaitan skim penjualan rumah tersebut.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Datuk Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, pelakon itu yang juga Pengarah Urusan syarikat perumahan dan dua lagi suspek utama iaitu pemilik sebuah lagi syarikat perumahan ditahan petang semalam.

“Pihak kami telah menerima 188 laporan polis berkaitan penipuan jualan rumah yang dilakukan oleh dua syarikat berkenaan melibatkan kerugian keseluruhan sehingga RM6.2 juta”

“Syarikat ini menawarkan rumah kepada pembeli dengan harga yang jauh lebih murah daripada pasaran iaitu sekitar RM60,000 untuk sebuah rumah banglo berkeluasan 1,650 kaki persegi.

“Bagaimanapun, setelah bayaran dilunaskan, pembinaan rumah tersebut tidak dijalankan,” katanya dalam kenyataan.

Selain itu, pihak polis turut merampas sebuah kereta Nissan Fairlady, BMW E92, tiga unit telefon bimbit, sjil doktor falsafah daripada Samaritan Mission International University dan pelbagai dokumen syarikat DBI Properties. - Apakes
Boy Iman Ditahan Reman, Kerugian Cecah RM6.2 Juta Boy Iman Ditahan Reman, Kerugian Cecah RM6.2 Juta Reviewed by Lina Slayer on 02:56:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.