Dah ‘Booking’ Bilik Tak Ada - Yatt




Yatt Hamzah berang apabila tempahan dilakukannya untuk sebuah bilik hotel di Port Dickson, Negeri Sembilan telah dibatalkan tanpa pengetahuannya.

Yatt atau nama sebenar Haryati dan Abdul Mutalib meluahkan rasa kecewa tersebut menerusi satu status di Instagram miliknya @yatthamzah_suci.

Menurut pelakon berusia 37 tahun ini, dia membuat tempahan bilik tersebut menerusi laman aplikasi tempahan dalam talian.

Bagaimanapun, ketika ingin mendaftar masuk, dia dimaklumkan oleh petugas hotel bahawa bilik yang ditempah telah dibatalkan oleh pengendali aplikasi tersebut.

"Saya dah booking seminggu awal tapi bila nak daftar masuk petugas hotel beritahu tempahan bilik kami telah dibatalkan.

"Kami semua terkejut sebab baru tahu mengenai pembatalan tersebut, sedangkan saya tidak berbuat demikian.

"Lebih malang, tiada bilik kosong untuk membuat tempahan baru dan staf hotel turut tidak memberi kerjasama dalam menyelesaikan masalah ini," tulisnya di Instagram.

Yatt turut menunjukkan bukti paparan skrin mengenai tempahan yang telah dilakukan pada 23 September lalu.

Foto tersebut menunjukkan Yatt sudah membuat pengesahan untuk menginap di hotel tersebut, malah dia memilih untuk membuat bayaran semasa mendaftar masuk.

"Selepas pengesahan di laman tersebut, saya nak buat bayaran secara online tapi aplikasi tersebut meminta saya membayar semasa mendaftar masuk.

"Tak sangka pula jadi begini. Iyalah, famili dan anak-anak semua dah bersemangat nak bercuti, mujurlah kami jumpa bilik lain sebagai ganti untuk bermalam," katanya.

"Saya pun baru kena hari Sabtu lalu. Tempahan homestay di Putrajaya, masa nak check in, dah ada orang duduk semalaman, telefon yang berkenaan, mereka tak dapat nak semak tempahan kami," tulis @_nurulfitriahsapian.

"Saya pun pernah kena, menempah bilik di Indonesia, tiada deposit dan tiba-tiba dapat emel mengatakan telah dibatalkan," luah pemilik akaun @mladyhike pula. - Apakes
Dah ‘Booking’ Bilik Tak Ada - Yatt Dah ‘Booking’ Bilik Tak Ada - Yatt Reviewed by Lina Slayer on 03:08:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.