"Dah Selesai Pun, Saya Dah Minta Maaf" - Afifah Nasir




Pelakon Afifah Nasir yang sebelum ini terpalit dengan kontroversi yang melandanya baru-baru ini, sekali lagi mendapat perhatian netizen apabila dikatakan dia telah memerli isteri kepada Aliff Aziz dalam laman Instagramnya berhubung dengan pemakaian.

Bagaimanapun, Afifah berkata dia telah meminta maaf kepada Bella dan tidak bermaksud untuk memerli pasangan itu.

“Dah selesai pun, saya dah minta maaf pada Bella melalui whatsapp kami bercakap di situ, so okaylah tak ada apa pun, pasal baju tu saya whatsapp dia personally minta maaf sekiranya dia terasa ke apa, dia cakap okay dan tak ada apa pun,” katanya yang ditemui di majlis sidang media Anugerah Skrin (ASK 2017).

Tambahnya lagi, sejak daripada peristiwa tersebut dia sudah lali dengan segala tohmahan dan kecaman orang ramai terhadap dirinya.

“I don’t care what people nak cakap apa-apa pun, saya dah repeat benda ni dah banyak kali dari start kes tu lagi. Orang nak cakap apa pun, saya okay.

At the end of the day, bukan dia orang bagi saya makan. Saya just move on dengan kehidupan dan karier saya,” katanya. - Apakes

"Dah Selesai Pun, Saya Dah Minta Maaf" - Afifah Nasir "Dah Selesai Pun, Saya Dah Minta Maaf" - Afifah Nasir Reviewed by Lina Slayer on 14:20:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.