Datuk Boy Iman Bukan Ayahanda PEKIDA




Penahanan Datuk Noruliman A. Rahman atau lebih dikenali sebagai Boy Iman oleh pasukan polis kerana kes penipuan banglo kini dilanjutkan. Dari dua hari reman, penahanan Boy Iman dilanjutkan kepada dua hari lagi iaitu sehingga 6 Oktober.

Boy Iman yang juga Pengarah Urusan DBI Properties, ditahan semula semalam direman lagi selama dua hari bermula hari ini.

Perintah reman terhadap beliau sehingga 6 Oktober itu dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Muar, Nor’iza Mohamed.

Boy Iman direman bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana dipercayai bertanggungjawab menyebabkan kerugian beberapa mangsa dengan menipu dalam projek pembinaan rumah.

Terdahulu, suspek dibawa oleh anggota polis ke mahkamah kira-kira pukul 9 pagi dengan berpakaian lokap berwarna jingga.

Pengerusi Perhubungan PEKIDA Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Majlis Tertinggi PEKIDA Malaysia, Rohaida Roslan berkata Boy Iman tidak pernah diiktiraf sebagai Ayahanda PEKIDA.

Boy Iman tak pernah diiktiraf sebagai ayahanda Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (PEKIDA). Jadi, kami harap orang ramai jangan kaitkan dengan PEKIDA.

Malah, polis Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman turut merampas pelbagai sijil selain watikah pelantikan Boy Iman sebagai Ayahanda di Cheras ketika serbuan dilakukan Isnin lalu.

Rohaida berkata, gelaran ayahanda yang diguna Boy Iman diterima menerusi sebuah pertubuhan dikenali sebagai Majlis Jemaah Cochrane (MJC).

Gelaran ayahanda bukan diberi secara sebarangan dan dalam PEKIDA sendiri, hanya dua individu yang berhak memberi gelaran ini kepada seseorang iaitu Presiden PEKIDA Malaysia, Jamaludin Yusof dan Pengerusi Pekida Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Roslan Dahaman.

Sementara itu, Presiden Pertubuhan Permuafakatan Majlis Ayahanda Malaysia (PERMAS) Datuk Abdul Halim Ali berkata, tindakan Boy Iman itu memang memalukan bagi individu yang mengakui berstatus ayahanda.

Bagaimanapun, Abdul Halim berkata, tindakan (penipuan) pelakon itu bersifat peribadi dan bukanlah mencerminkan sifat individu berstatus ayahanda secara keseluruhannya. - Apakes
Datuk Boy Iman Bukan Ayahanda PEKIDA Datuk Boy Iman Bukan Ayahanda PEKIDA Reviewed by Lina Slayer on 02:52:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.