Datuk K Idam Anak Perempuan




Berita kehamilan yang diumumkan Siti Nurhaliza semalam rata-rata menggembirakan seluruh rakyat Malaysia, apatah lagi suami tercinta, Datuk Seri Khalid Muhd Jiwa. Sudah mempunyai empat orang anak lelaki, penantian untuk menimang cahaya mata lagi termakbul dan kali ini Datuk K mengidamkan bayi perempuan pula.

“Alhamdulillah, ini anugerah yang tidak ternilai. 11 tahun kami menanti, Allah berikan rezeki ini. Berkat kesabaran, Allah makbulkan doa. Diakui, sebelum ini kami sudah berusaha pelbagai cara termasuk mengurut dan rawatan tradisional. Namun, tidak berjaya. Mungkin kali ini Allah berikan rezeki itu.

“Penantian kami memang lama. Cuma, paling penting cahaya mata buat Siti kerana dia belum melalui pengalaman itu. Memandangkan saya sudah ada empat anak lelaki, jadi saya mengimpikan anak perempuan pula”

Dalam masa yang sama, Datuk K sempat berkongsi kerenah Siti sepanjang hamil. Katanya, setakat Siti tidak mempunyai sebarang alahan yang teruk tetapi beliau tidak boleh berenggang lama dengannya. Kalau lewat sikit pulang dari kerja, pasti terus telefon bertanya, comel pula mereka ini.

“Sepanjang kehamilan ini, Siti tidak banyak kerenah. Cuma, dia tidak boleh berpisah lama dengan saya. Kalau 4 petang belum pulang rumah, dia akan mesej dan bertanya. Ketika menunaikan haji dan ke London tempoh hari, dia gelisah,” katanya kepada Harian Metro.

Menerusi sidang media semalam, Siti turut membuat pengakuan, beliau ada menjalani rawatan kesuburan beberapa kali di sebuah pusat rawatan dan akhirnya dikurniakan hamil empat bulan. Buat Siti, semoga kehamilan ini diberikan kesihatan yang baik buat ibu dan juga anak yang dikandung.
- Apakes
Datuk K Idam Anak Perempuan Datuk K Idam Anak Perempuan Reviewed by Lina Slayer on 15:46:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.