Datuk Seri Vida Bawa Lamborghini Lancar Muzik Video




Kalau sebelum ini muzik video I Am Me mencecah 9 juta tontonan, hari ini usahawan terkenal, Datuk Seri Vida melancarkan muzik video terbaru lagu tersebut.

Hadir dengan glamornya bersama sebuah kereta mewah Lamborghini berwarna merah jambu yang dipandunya sendiri di Pavilion petang tadi, Vida sempat beramah mesra dengan peminatnya di sana.

“Terima kasih kepada yang menghadiahkan kek ini dan ia melambangkan diri saya. Alhamdulillah muzik video lirik I Am Me sebelum ini mencecah 9 juta tontonan dan berharap peminat akan menyukai muzik video terbaharu ini”

“Saya mencurahkan pelbagai idea untuk menghasilkan muzik video ini dengan bantuan Ghaz dan dia telah merialisasikannya dengan baik,” jelasnya kepada m Star Online mengenai video klip lagunya yang dilancarkan hari ini.

Memang penuh perkarangan pusat membeli-belah Pavilion dengan peminat Vida yang menunggu beliau.

Tambah menarik lagi, Vida yang datang dengan mengenakan baju tidur juga berwarna ‘pink’ sinonim dengan dirinya serta tiaranya turut disambut dengan kek bernilai RM26,000 yang sarat dihiasi dengan batu Swarovski.

Dalam masa yang sama Vida turut berkongsi mengenai muzik video terbaru I Am Me yang dilakukan selama dua minggu di kediamannya sendiri di Ipoh, Perak.

Seperti lagu sebelum ini, Vida masih mengekalkan konsep lagu yang ranggi, glamor dan pastinya mewah seperti kehidupannya. Beruntung siapa yang sempat bertemu Vida tadi. - Apakes


Datuk Seri Vida Bawa Lamborghini Lancar Muzik Video Datuk Seri Vida Bawa Lamborghini Lancar Muzik Video Reviewed by Lina Slayer on 01:44:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.