Datuk Vida Bawa Anak Tahfiz Tunai Umrah 12 Oktober Ini




Susulan kenyataan Datuk Seri Hasmiza Othman atau lebih dikenali Datuk Seri Vida ingin membawa pelajar-pelajar Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang terselamat menunaikan umrah, dia memberitahu akan membawa 25 pelajar bersama guru Tahfiz pergi ke Mekah pada 12 Oktober ini.

“Alhamdulillah, semua dipermudahkan Allah, dan doakan perjalanan kami pergi dan balik selamat,” ujarnya.

Menurutnya, dia telah mendapatkan visa khas bagi membawa mangsa yang terselamat menunaikan umrah supaya mereka lebih tenang dan dapat menghilangkan trauma.

“Saya harap dengan membawa mereka ke Makkah dapat mengurangkan trauma dan melupakan tragedi meragut nyawa 21 pelajar dan dua guru mereka,” jelasnya.

Walaupun dia dikenali sebagai seorang jutawan, namun dia tetap membantu kepada mereka yang memerlukan seperti tragedi yang menimpa Pusat Tahfiz berkenaan.

Umum mengetahui Datuk Vida pernah mengalami tragedi seumpama itu dahulu apabila kehilangan dua orang anaknya dalam kebakaran di Ipoh, Perak.

Luarannya tampak gembira namun dalam hati hanya Tuhan yang tahu. Semoga mereka dapat menunaikan umrah dengan tenang dan semoga semuanya berjalan lancar. - Apakes


Datuk Vida Bawa Anak Tahfiz Tunai Umrah 12 Oktober Ini Datuk Vida Bawa Anak Tahfiz Tunai Umrah 12 Oktober Ini Reviewed by Lina Slayer on 02:24:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.