Dihukum Penjara 10 Tahun, Dua Sebatan Kerana Rogol Kekasih




KUALA TERENGGANU - Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, selepas mengaku salah merogol kekasihnya sehingga melahirkan seorang anak, dua tahun lalu.

Hakim Azman Mustapha menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Mohd Rohaizam Nazree Mohamad @Mat Yasin, 24, dari Kampung Raja, Besut, hari ini, selepas tertuduh mengaku salah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan.

Mengikut pertuduhan, Mohd Rohaizam Nazree didakwa merogol kekasihnya yang ketika kejadian berusia 13 tahun di belakang lorong, Kompleks Rakan Muda Kampung Raja, Besut, jam 12.30 malam pada Julai 2014.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Marsilawati Mohamad Shah, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mengikut fakta kes, tertuduh yang juga teman lelaki mangsa mengajak gadis terbabit bersiar-siar dengan motosikal sebelum membawa mangsa ke lokasi kejadian dan merogolnya.

Kejadian itu hanya disedari ibu bapa mangsa pada 2 April 2015 selepas gadis terbabit mengadu sakit perut, sebelum pemeriksaan mengesahkan mangsa mengandung sembilan bulan.

Mangsa melahirkan seorang anak lelaki pada hari sama sebelum satu laporan dibuat bapa mangsa di Balai Polis Kampung Raja untuk tindakan lanjut. - Apakes
Dihukum Penjara 10 Tahun, Dua Sebatan Kerana Rogol Kekasih Dihukum Penjara 10 Tahun, Dua Sebatan Kerana Rogol Kekasih Reviewed by Lina Slayer on 03:36:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.