Dua Mangsa Kebakaran Tahfiz Semakin Sembuh




SHAH ALAM - Dua mangsa kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang masih dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dijangka dibenarkan pulang tidak lama lagi.

Ketua Jabatan Pembedahan Plastik dan Rekonstruktif HKL, Dr Normala Basiron, berkata kedua-dua mangsa itu masih mempunyai kira-kira satu hingga dua peratus luka terbakar akibat kejadian berkenaan.

"Mereka berdua semakin pulih, masih ada sedikit luka terbakar. Mengikut perancangan mereka dijangka boleh keluar dalam minggu ini atau minggu hadapan," katanya ketika ditemui pemberita selepas Seminar Luka Kebakaran Hospital Kuala Lumpur (HKL) Kali ke-4, di sini, hari ini.

Sebelum ini, tiga mangsa kebakaran pusat tahfiz itu masih dirawat di Unit Penjagaan Rapi HKL dan menunjukkan perkembangan positif apabila mampu berkomunikasi dengan keluarga masing-masing serta kelihatan ceria.

Tiga mangsa yang juga pelajar tahfiz itu ialah Muhammad Shahir Sharifuddin, 11, Indra Kurniawan Mohd Amirul, 12, dan Zunnun Misri Nasrun, 12.

Dalam kejadian awal pagi 14 September lalu itu, seramai 23 pelajar dan guru pusat tahfiz itu terkorban. - Apakes

Dua Mangsa Kebakaran Tahfiz Semakin Sembuh Dua Mangsa Kebakaran Tahfiz Semakin Sembuh Reviewed by Lina Slayer on 18:42:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.