Dua Maut Nahas Di LPT2




CHUKAI - Dua sahabat maut selepas kereta dinaiki terbabit kemalangan di Kilometer 258 Lebuhraya Pantai Timur 2 di sini, awal pagi tadi.

Kejadian kira-kira jam 2.50 pagi berhampiran Plaza Tol Jabor itu mengorbankan Mohamad Zaiful Azlan Embong, 33, dan Mohamad Nazrul Afda Mat Amin , 21.

Dua sahabat yang berasal dari Marang itu dalam perjalanan dari arah Kuala Terengganu menuju ke Kuantan.

Kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta dipandu Mohamad Zaiful hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh penghadang di sebelah kiri lebuh raya.

"Rempuhan kuat itu menyebabkan kereta berkenaan remuk teruk, manakala enjin kereta terbabit tercampak ke atas jalan.

"Pemandu kereta itu turut tercampak keluar sejauh beberapa meter, manakala rakannya pula tersepit di tempat duduk penumpang hadapan," katanya.

Mohd Said berkata, enam anggota Bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Baru Cheneh membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit.

"Kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan anggota badan.

"Mayat mangsa kemudian dibawa ke Bilik Forensik Hospital Kemaman untuk siasatan lanjut," katanya. - Apakes

Dua Maut Nahas Di LPT2 Dua Maut Nahas Di LPT2 Reviewed by Lina Slayer on 15:16:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.