'Eqiey' Meninggal Dua Bulan Selepas Bapa




KOTA BHARU - "Saya tak sangka adik saya turut pergi meninggalkan kami selepas dua bulan bapa meninggal dunia,"

"Malah rupa adik saya dengan bapa cukup seiras, namun mereka berdua sudah tiada," luah Nik Noorliliwati Nik Mat, 44, kakak sulung kepada Nik Mohd Baihaqy Nik Mat, 44, anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang meninggal dunia di Bilik Tahanan Unit Sungai Wangi, Sitiawan, Perak, pada jam 3. 15 petang, semalam.

Katanya, mereka sekeluarga yang masih bersedih dengan kehilangan bapa, dikejutkan pula dengan berita kehilangan adiknya itu.

"Kali terakhir saya berjumpa dengannya ketika arwah pulang ke kampung sewaktu bapa meninggal. Ketika itu tiada perubahan yang ditunjukkan arwah.

"Biasanya setiap kali balik ke kampung, dia akan datang ke rumah saya di Kampung Kubang Keranji, di sini tetapi ketika pulang Aidiladha lalu dia tidak langsung datang ke rumah saya.

"Ketika itu, isterinya (Noor Bazlin Mohammad, 26) ada berbual dengan saya melalui telefon memberitahu suaminya nampak lain dan lebih rapat dengan tiga anak mereka berusia 10 bulan hingga 4 tahun," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Kubang Keranji, Pasir Tumboh, di sini.

Nik Noorliliwati berkata, adiknya itu sebelum ini pernah meluahkan rasa bimbang kerana dipanggil pegawai tinggi atas kesalahan lewat ke tempat kerja.

"Malah, dia ada memberitahu niatnya untuk berhenti kerja sebagai anggota TLDM kerana rasa tertekan dengan latihan yang berat akibat badannya yang semakin berisi dan tidak larat untuk mengikuti latihan.

"Saya menasihatinya yang lebih mesra dengan 'Eqiey' dalam kalangan keluarga supaya bersabar dan meneruskan kerjayanya itu," katanya.

Bagaimanapun, katanya, keluarga reda dengan pemergian adiknya yang juga anak kelapan daripada 10 adik beradik.

Arwah dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Limbat, di sini selepas urusan selesai. - Apakes

'Eqiey' Meninggal Dua Bulan Selepas Bapa 'Eqiey' Meninggal Dua Bulan Selepas Bapa Reviewed by Lina Slayer on 02:32:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.