Faezah Elai Perjelas Isu Viral Terma Perubatan Tidak Tepat




Sebentar tadi kami ada menulis teguran daripada seorang doktor tentang pengggunaan fakta perubatan yang tidak tepat di dalam drama Titian Cinta lakonan Zul Ariffin dan Farah Nabilah.

Susulan teguran daripada doktor tersebut, ramai netizen mengecam pihak produksi kerana tidak menjalankan kajian terlebih dahulu dan sekadar tangkap muat dialog yang dilontarkan oleh para pelakonnya.

Enggan membiarkan produksi suaminya (Heykal Hanafiah) diperlekehkan orang ramai, Faezah Elai telah tampil memberikan penjelasan perkara sebenar yang terjadi.

Rupa-rupanya wanita bertudung di dalam babak tersebut adalah seorang doktor yang bertauliah. Pihak produksi telah mengambil keputusan mengambil doktor sebenar untuk mengelakkan masalah terma perubatan tidak tepat daripada terjadi.

Sayangnya doktor tersebut menghadapi masalah untuk mengeluarkan dialognya kerana tiada pengalaman berlakon. Jadi rakaman untuk babak itu terpaksa diambil beberapa kali.

Selalunya saya tidak pernah ambil peduli netizen hentam orang, nama pun netizen. Di sini saya siarkan (video sebenar) babak sepatutnya keluar.

Disebabkan kesilapan suntingan, babak yang silap pula diambil. Babak ini banyak kali take (diulang buat) sebab yang perempuan bertudung itu adalah doktor sebenar bukan pelakon extra (tambahan) ia disebabkan pengarah mahu mendapatkan fakta yang betul.

Saya tidak salahkan dia (doktor) sebab mestilah gagap tiba-tiba kena berlakon dengan Zul Ariffin.

Janganlah cakap drama ini tidak buat kajian macam drama Korea atau Hong Kong, cerita ini bukan tentang perubatan.

Apa yang cuba disampaikan ialah perempuan itu tidak boleh mengandung. Kalau Hollywood bagi cerita tidak masuk akal, kena tembak di dada tapi boleh jalan lima kilometer tiada pula mana-mana doktor hentam. - Apakes
Faezah Elai Perjelas Isu Viral Terma Perubatan Tidak Tepat Faezah Elai Perjelas Isu Viral Terma Perubatan Tidak Tepat Reviewed by Lina Slayer on 02:35:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.