Falisha Crossley Selamat Melahirkan Bayi Perempuan




Falisha Crossley selamat melahirkan bayi perempuan pada pukul 4.11 petang pada Jumaat.

Falisha, 31, berkongsi berita gembira tersebut menerusi laman Instagram miliknya sambil meluahkan rasa syukur dikurniakan cahaya mata.

Menurut Falisha, dia memilih nama Nur Raysha Mikhayla untuk anaknya yang merupakan gabungan namanya dan juga suami, Mohamad Rafiq, 32.

"Alhamdulillah, Nur Raysha Mikhayla Bt Mohamad Rafiq. Nur - cahaya, Raysha - gabungan nama mummy dan daddy Rafiq + Falisha yang membawa maksud puteri/pemimpin.

"Mikhayla - anugerah Allah. Lahir Jumaat, 6 Oktober 2017, 4.11 petang, 3.25 kilogram," kata Falisha.

Ruang komen foto tersebut dipenuhi dengan ucapan tahniah dan mendoakan Falisha serta bayinya dalam keadaan sihat.



Terdahulu, Falisha dan Rafiq yang merupakan seorang juruterbang mengikat tali pertunangan pada 27 Ogos tahun lalu.

Pasangan ini melangsungkan perkahwinan mereka pada 2 Januari di Masjid Darul Hana, Kuching selepas genap setahun menjalinkan hubungan cinta. - Apakes
Falisha Crossley Selamat Melahirkan Bayi Perempuan Falisha Crossley Selamat Melahirkan Bayi Perempuan Reviewed by Lina Slayer on 18:31:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.