Guru Terjatuh Dalam Lubang Akibat Mendapan Tanah




GEOGETOWN - Seorang guru terjatuh ke dalam lubang akibat mendapan tanah di halaman rumahnya di Lorong Tampin, Jalan Perak di sini, petang semalam.

Kejadian kira-kira jam 6 petang itu ketika Muhammad Adnan Muhammad Nor, 39, bersama ibunya berbincang dengan kontraktor yang dilantik pemaju bagi projek pembinaan dua unit rumah tiga tingkat bersebelahan kediamannya.

Katanya, dinding rumahnya mengalami retakan, manakala tanah pula merekah sejak pembinaan dua unit rumah di kawasan bersebelahan pada 2013.

"Ketika kejadian, saya bersama ibu sedang mengadu kepada kontraktor bagi pemaju terbabit mengenai retakan di rumah saya.

"Projek pembinaan rumah sebelah memakan masa lama dan menyebabkan kami pula terpaksa menanggung kerugian," katanya.

Katanya, beliau tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak bertanggungjawab.

Tinjauan BH mendapati kediaman dua tingkat Muhammad Adnan mengalami retakan di beberapa bahagian dinding, selain mendapan tanah akibat rekahan lama. - Apakes

Guru Terjatuh Dalam Lubang Akibat Mendapan Tanah Guru Terjatuh Dalam Lubang Akibat Mendapan Tanah Reviewed by Lina Slayer on 02:33:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.