Hafiz Hamidun Enggan Keluarkan Sebarang Kenyataan




Sebelum ini, Joy Revfa pernah mengeluarkan kenyataan bahawa Hafiz Hamidun tergesa-gesa mahu berkahwin kerana inginkan sesuatu. Sudah tentu kenyataan tersebut menimbulkan persoalan di kalangan mereka yang mengikut kontroversi pasangan suami isteri ini.

Dan sudah tentu juga ramai yang berharap Hafiz Hamidun tampil untuk menjawab kenyataan Joy Revfa itu.

Namun Hafiz telah mengambil langkah bijak dengan memaklumkan yang dia tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan, sebaliknya hanya menunggu keputusan mahkamah terhadap kesnya dan Joy Revfa.

Iyerlah kalau masing-masing berbalas kenyataan, memang sampai tahun depan pun tak akan habis. Lepas itu kenyataan tersebut akan mengelirukan lagi masyarakat. Malah ia turut boleh digunakan di mahkamah. Jadi lebih baik Hafiz Hamidun berdiam diri dan emnunggu sahaja perbicaraan berlangsung.

Sudah tiada apa yang nak diperkatakan lagi mengenai perkahwinan saya dengan Joy Revfa, dia memilih untuk menyelesaikan cara mahkamah, jadi kita tunggu sajalah keputusan hakim.

Saya rasa tidak perlu keluarkan sebarang kenyataan kerana tak mahu orang fikir saya sekadar ingin meraih simpati.

Mungkin pada mata dia yang nampak seperti tergesa-gesa nak berkahwin, itu pendapat dia, jadi saya tak perlu nak ulas tentang benda ini. Sekarang dia sudah pilih jalan mahkamah, jadi tak perlu nak keluarkan apa-apa kenyataan tentang kes ini. Cukup-cukuplah, hormati proses mahkamah!

Saya banyak bersembang dengan orang sekeliling dan minta pandangan mereka, tak perlu nak stress atau tertekan kerana setiap masalah ada jalannya. Saya berpegang kepada prinsip, jangan buat keputusan ketika marah dan jangan juga buat keputusan semasa terlalu suka.

Malah, kawan-kawan pun tak pernah bertanya tentang isu ini sehingga saya pula yang rasa pelik, mungkin mereka rasakan isu ini agak sensitif sehingga tak berani nak bertanya. - Apakes
Hafiz Hamidun Enggan Keluarkan Sebarang Kenyataan Hafiz Hamidun Enggan Keluarkan Sebarang Kenyataan Reviewed by Lina Slayer on 02:41:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.